Friday 8 July 2011

Istilah pemakanan - Nutrition terminology

Ramai antara kita yang mungkin keliru dengan beberapa istilah pemakanan yang digunakan. Antaranya:
1. Makan dengan secukupnya (Adequate diet)
2. Makan dengan seimbang (Balanced diet)
3. Kumpulan makanan (Food group)
4. Diet yang sihat (Healthy diet)

Jadi, artikel kali ini akan memberikan anda kefahaman tentang istilah-istilah tersebut.

1. Makan dengan secukupnya (Adequate diet)

Istilah ini bermaksud diet yang dapat memberikan tenaga, zat-zat makanan dan serat yang secukupnya untuk mengekalkan kesihatan individu. Ianya berbeza bagi setiap individu.

2. Makan dengan seimbang (Balanced diet)

Ianya merujuk kepada diet yang terdiri daripada pelabagai jenis sumber makanan untuk membekalkan nutrisi yang seimbang. Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis sumber makanan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

3. Kumpulan makanan (Food group)

Ianya adalah kumpulan makanan yang dikategori berdasarkan persamaan nutrisi and fungsinya. Terdapat 5 jenis kumpulan makanan. Ianya mengandungi tenaga, karbohidrat, protein dan lemak yang sama. 

4. Diet yang sihat (Healthy diet)

Diet yang sihat ialah diet yang dapat memberikan anda tenaga dan zat makanan yang mencukupi berdasarkan keperluan anda. Terdapat 4 garis panduan untuk mendapatkan diet yang sihat iaitu makan dengan mencukupi, seimbang, sederhana, pelbagai.

No comments: