Thursday 23 June 2011

Dunia makanan - Food culture

Tahukah anda setiap negara memiliki pilihan atau corak pemakanan yang berbeza-beza? Seperti di negara kita, masyarakat terbiasa dengan makanan ruji iaitu nasi dan roti. Oleh kerana negara kita merupakan negara pengeluar beras, maka nasi menjadi pilihan utama dalam setiap menu hidangan. Walaubagaimanapun, ada negara yang menjadikan bijirin sebagai makanan ruji mereka. Lihat foto-foto di bawah. Sumber gambar daripada buku 'Hungry Planet: What the World Eats' by Peter Menzel and Faith D'Aluision.

Mexico

British

 North Carolina, USA

Trivia 1

Tahukah anda??

Individu yang menonton televisyen lebih daripada 19 jam seminggu berisiko sehingga 150% menghidap diabetes berbanding mereka yang menonton tidak lebih 3 jam seminggu. Kenyataan ini berdasarkan kajian American Diabetes Association selama 10 tahun ke atas 41,811 individu berusia antara 40 hingga 75 tahun.
Anda mampu mengurangkan 16% risiko strok sekiranya mengambil higangan ikan lebih daripada tiga kali seminggu. Kenyataan didedahkan dalam American Journal of Clinical Nutrition.

Wednesday 22 June 2011

Jawapan kuiz uji pengetahuan

Jawapan 1: C-Lemak pada perut
Keterangan: Lemak di bahagian peha hanya akan menyebabkan selulit, tetapi lemak di perut lebih besar bahayanya. Ini kerana lemak yang disimpan di perut 'memudahkan' tubuh menggunakannya dengan mewujudkan proses keradangan yang boleh mengganggu arteri dan mendedahkan anda kepada masalah arteri tersumbat.

Jawapan 2: B-Omentum
Keterangan: Omentum ialah organ lemak yang mempunyai hubungan perut dengan memerangkap dan menyimpan lemak.


Tuesday 21 June 2011

Uji pengetahuan anda!

1. Apakah bahagian lemak yang paling bahaya dalam tubuh?
a) Lemak pada peha
b) Lemak pada punggung
c) Lemak pada perut

2. Bahagian manakah yang menyimpan lemak?
a) Sciatic nerve
b) Omentum
c) Duodenum

3. Pilih jawapan yang paling utama untuk memastikan anda menghadapi hari tua secara sihat.
a) Tekanan darah
b) Kolesterol
c) Berat badan
d) Kadar degupan jantung

4. Apakah bentuk najis anda yang sepatutnya?
a) bentuk pancake
b) bentuk S
c) bentuk bulat
d) saya enggan melihatnya

5. Berapa banyak serat yang perlu diambil dalam masa sehari?
a) 10 gram
b) 15 gram
c) 25 gram
d) 55 gram

Anda boleh terus emel kepada welldiet@hotmail.com untuk mendapatkan jawapannya.

Selamat mencuba!

Friday 17 June 2011

Amalkan gaya hidup sihat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang kepada para pembaca!

Well Diet merupakan sebuat syarikat konsultasi/perunding pemakanan dan kesihatan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Well Diet memberikan khidmat kaunseling pemakanan khususnya kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, gout, obesiti, dan kurang nutrisi di semua peringkat umur. Selain daripada itu, Well Diet juga menjalankan khidmat latihan dan motivasi kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah, khidmat percetakan, rekaan grafik, penghasilan cenderamata, dan khidmat pengurusan majlis.

Di Well Diet, kami sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada para klien. Dengan menggunakan konsep 'evidence-based medicine', kami memastikan setiap khidmat kaunseling yang diberikan adalah yang terkini dan tepat. Kami tidak menggunakan pendekatan 'one diet fit for all' kerana kami percaya setiap individu mempunyai masalah kesihatan yang berbeza-beza dan perlu ditangani secara individu.


New Malaysian Food Pyramid 2011

Malaysian Food Pyramid 2011
From: Ministry of Health, Malaysia