Wednesday 22 June 2011

Jawapan kuiz uji pengetahuan

Jawapan 1: C-Lemak pada perut
Keterangan: Lemak di bahagian peha hanya akan menyebabkan selulit, tetapi lemak di perut lebih besar bahayanya. Ini kerana lemak yang disimpan di perut 'memudahkan' tubuh menggunakannya dengan mewujudkan proses keradangan yang boleh mengganggu arteri dan mendedahkan anda kepada masalah arteri tersumbat.

Jawapan 2: B-Omentum
Keterangan: Omentum ialah organ lemak yang mempunyai hubungan perut dengan memerangkap dan menyimpan lemak.



Jawapan 3: A-Tekanan darah
Keterangan: Tekanan darah yang normal ialah 120/80 mmHg. Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan stroke.


Jawapan 4: B-Bentuk S
Keterangan: Ia sepatutnya berbentuk S. Sebelum najis keluar, ia akan disimpan di bahagian bawah rektum.

Jawapan 5: C-25 gram
Keterangan: Secara purata, rata-rata kita hanya mengambil 10-15 gram serat sehari. Kesannya, adalah sukar untuk mencapai najis yang berbentuk S. Oleh itu, tingkatkan pengambilan serat dengan mengambil sayur-sayuran dan bijirin seperti oats. Selain itu, roti mil penuh, beras perang, kekacang, dan lentil adalah sumber serat yang baik.

No comments: