Friday, 17 June 2011

Amalkan gaya hidup sihat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang kepada para pembaca!

Well Diet merupakan sebuat syarikat konsultasi/perunding pemakanan dan kesihatan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Well Diet memberikan khidmat kaunseling pemakanan khususnya kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, gout, obesiti, dan kurang nutrisi di semua peringkat umur. Selain daripada itu, Well Diet juga menjalankan khidmat latihan dan motivasi kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah, khidmat percetakan, rekaan grafik, penghasilan cenderamata, dan khidmat pengurusan majlis.

Di Well Diet, kami sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada para klien. Dengan menggunakan konsep 'evidence-based medicine', kami memastikan setiap khidmat kaunseling yang diberikan adalah yang terkini dan tepat. Kami tidak menggunakan pendekatan 'one diet fit for all' kerana kami percaya setiap individu mempunyai masalah kesihatan yang berbeza-beza dan perlu ditangani secara individu.



Dengan mengambil pendekatan 'mencegah lebih baik daripada mengubati', kami turut menyediakan khidmat nasihat dan program-program tentang amalan pemakanan yang sihat.

Kami berharap kita semua dapat menjalani kehidupan yang sihat dengan pengambilan pemakanan secara seimbang dan mengikut keperluan masing-masing. Amalkan gaya hidup sihat. Ianya bermula dari anda!

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun brochure di sini.

No comments: